Komoditi kelapa sawit Pulau_Carey

Pulau Carey mendapat nama dari seorang pegawai British yang juga merupakan pengusaha ladang kopi dan getah bernama Valentine Carey, beliau dilihat arif dalam aktiviti pertanian dan kesuburan tanah pertanian yang telah digunakan melebihi 100 tahun.

Pulau Carey juga pernah dikenali dengan nama seperti Pulau Bangsar dan Telok Gonjeng.

Pada hari ini Pulau Carey juga mendapat jolokan "Pulau Sime Darby" kerana syarikat estet ladang kelapa sawit terbesar di Malaysia telah mendominasi tanah pulau ini yang rata-rata dijadikan sebagai ladang kelapa sawit komoditi.

Perladangan tulen kelapa sawit dilihat menjadi bahan asas kepada aktiviti pemprosesan minyak kelapa sawit mentah untuk dijadikan minyak masakan dan bahan asas campuran dalam minyak bio-diesel bagi pembakaran api mesra alam.

Industri kelapa sawit kadang kala mendapat reaksi negetif dan kritikan dari pelbagai pihak. Mereka berpendapat aktiviti penanaman tumbuhan komoditi tersebut dapat menyebabkan kerosakan terhadap sistem akuifer air bawah tanah, menyebabkan mendapan tanah, mencemarkan ekosistem sungai dan menganggu habitat semulajadi hidupan liar.

Jangka hayat pengeluaran hasil buah kelapa sawit beretrusan biasanya akan berakhir hingga umurnya mencapai 30 tahun, ini sekaligus memberi tempoh yang baik untuk mewujudkan kesinambungan antara haiwan, burang dan tanaman sekitarnya.

Bagi mewujukan suatu hubungan simbiosis antara tanaman komoditi dan tumbuhan liar serta hidupan disekitar Pulau Carey, pihak Sime Darby telah menjalankan kegiatan penanaman semula pokok terancam dan cuba membangunkan semula kawasan rizab hutan paya bakau disekitar pesisir pantai pulau tersebut.[1]